TENTANG KAMI

Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI) bertanggungjawab menyelaras penempatan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam pelbagai program praktikum dan latihan industri, termasuk Latihan Mengajar (LM), Latihan Industri (LI), Guru Pelatih (PG) dan Praktikum Kaunseling (IK).

Sebagai Universiti Pendidikan di Malaysia, UPSI melalui PuLaMI memastikan setiap pelajar yang mengikuti program LM, LI, IK, PG serta program Pascasiswazah dan Luar Pesisir (Pesisir) diselia oleh penyelia akademik yang berkelayakan.

Selain menyelaras penempatan, PuLaMI turut menguruskan hal-hal pentadbiran seperti pemprosesan tuntutan elaun penyeliaan bagi program Latihan Mengajar (LM) bagi memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan cekap, sistematik dan selaras dengan peraturan universiti.

HEBAHAN TERKINI

PENGUMUMAN

PENCAPAIAN

INNOZILLA 2024 - PERTANDINGAN INOVASI SDG

PLMISYS- SISTEM PULAMI
(PINGAT PERAK)

USM, PENANG MALAYSIA

6 – 7 NOVEMBER 2024

EDU@INNOVATE - PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN ANTARABANGSA

PLMISYS- SISTEM PULAMI
(PINGAT GANSA)

DEWAN TUNKU CANSELOR, UPSI

19 – 20 MEI 2025

PERKHIDMATAN KAMI

LATIHAN MENGAJAR

  • Latihan Mengajar (LM) merupakan salah satu kursus yang menjadi syarat untuk bergraduat di universiti. Kursus ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan, kemahiran mengajar serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah dipelajari di universiti.Melalui pelaksanaan latihan ini, guru pelatih dapat dibimbing untuk menjadi pendidik yang berkualiti, berpengetahuan luas, serta berketerampilan tinggi dengan mengamalkan prinsip-prinsip pengajaran yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
  • Program ini turut merangkumi Latihan Mengajar (LM), Guru Pelatih (PG), dan Praktikum Kaunseling (IK) yang dilaksanakan di bawah penyelarasan Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PuLaMI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

LATIHAN INDUSTRI

  • Mengaplikasikan pengetahuan akademik yang diperoleh di universiti ke dalam suasana kerja sebenar.

  • Meningkatkan kemahiran melalui pelaksanaan tugasan yang diberikan.

  • Menunjukkan kecekapan komunikasi yang berkesan di pelbagai peringkat.

  • Mengamalkan etika profesional dalam bidang yang diceburi.

PROGRAM PASCASISWAZAH DAN PESISIR

Unit Latihan Mengajar dan Latihan Industri (Pascasiswazah dan Luar Pesisir), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan program praktikum dan latihan industri bagi pelajar pascasiswazah serta pelajar program luar pesisir. Unit ini memastikan setiap penempatan yang dijalankan menawarkan pengalaman profesional yang autentik, relevan dan berkualiti tinggi, selaras dengan keperluan semasa dalam bidang pendidikan dan industri. Selain itu, unit ini turut memupuk kerjasama strategik dengan sekolah rakan, agensi kerajaan dan sektor industri bagi memperkukuh pengalaman pembelajaran berasaskan amalan (experiential learning).

Penekanan turut diberikan kepada aspek kecekapan profesional, amalan reflektif dan pembangunan pelajar secara holistik, sejajar dengan matlamat UPSI untuk melahirkan pendidik dan profesional yang berilmu, berkemahiran serta berteraskan nilai.

MEDIA SOSIAL

HUBUNGI KAMI

PUSAT LATIHAN MENGAJAR & INDUSTRI (PuLaMI)

ARAS BAWAH, BLOK 9, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS. 35900 TANJONG MALIM, PERAK

E-MEL: plmi@upsi.edu.my

NO TEL: +605-450 7215 / 7213 / 7217

WAKTU OPERASI

ISNIN – KHAMIS
8.00 PAGI – 1.00 PETANG
2.00 PETANG – 5.00 PETANG

JUMAAT
8.00 PAGI – 12.15 TENGAH HARI
2.45 PETANG – 5.00 PETANG

PETA