Kenali Kami
1997
- Pusat Latihan Mengajar dan Industri pada asalnya dikenali sebagai Unit Latihan Mengajar (ULM) dan diketuai oleh Profesor Madya Dr. Abd. Latif Bin Haji Gapor.
- Unit ini telah ditubuhkan sebagai unit khas di bawah pengurusan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (kini dikenali sebagai Fakulti Pembangunan Manusia).
- Beberapa tahun kemudian, unit tersebut telah dipindahkan ke Pusat Asas Pendidikan dan diletakkan di bawah pemantauan langsung Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
- Dalam tempoh tersebut, beberapa ahli akademik telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai Unit Latihan Mengajar dan antara mereka ialah Profesor Dr. Sopia Bt. Md. Yassin, Profesor Madya Dr. Bashah Bin Abu Bakar dan Dr. Mohmad Noor Bin Mohmad Taib.
- ULM sekali lagi telah dipindahkan dan digabungkan di bawah pengurusan Pusat Jaminan Kualiti yang turut distruktur semula menjadi Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ).
- ULM telah diletakkan di bawah Unit Dasar dan Kualiti. Unit ini kemudiannya ditukar nama kepada Unit Jaringan Latihan Mengajar dan Industri (ULMJI) serta diketuai oleh Dr. Ikhsan Bin Othman sebagai Ketua Unit.
- Ketua Unit telah dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar dan dua orang Pembantu Tadbir sepenuh masa serta seorang Pembantu Tadbir dari BPAQ.
2008
2008
- ULM sekali lagi telah dipindahkan dan digabungkan di bawah pengurusan Pusat Jaminan Kualiti yang turut distruktur semula menjadi Bahagian Pembangunan Akademik dan Kualiti (BPAQ).
- ULM telah diletakkan di bawah Unit Dasar dan Kualiti. Unit ini kemudiannya ditukar nama kepada Unit Jaringan Latihan Mengajar dan Industri (ULMJI) dan diterajui oleh Dr. Ikhsan Bin Othman sebagai Ketua Unit.
- Ketua Unit telah dibantu oleh seorang Penolong Pendaftar dan dua orang Penolong Pegawai Tadbir sepenuh masa serta seorang Penolong Pegawai Tadbir dari BPAQ.
- ULMJI sekali lagi telah ditukar nama kepada Unit Latihan Mengajar dan Industri (ULMI).
- Unit ini bertanggungjawab menguruskan hubungan profesional dengan industri berkaitan seperti sekolah, institusi pendidikan, serta organisasi awam dan swasta bagi memastikan pelaksanaan program latihan praktikal pelajar berjalan dengan lancar.
2009
2012
- Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh telah dilantik sebagai Ketua Unit baharu bagi menggantikan Dr. Ikhsan Bin Othman.
- ULMI telah dinaik taraf menjadi sebuah pusat yang dikenali sebagai Pusat Latihan Mengajar dan Industri (PULAMI) dan beroperasi di Aras 3, Bangunan Canselori.
- PULAMI telah berpindah ke lokasi baharu di Aras Bawah, Blok 9, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
- Profesor Madya Dr. Nor’ashiqin Binti Mohd Idrus telah dilantik sebagai Pengarah baharu mulai Mac 2016 bagi menggantikan Profesor Dr. Noor Shah Bin Hj. Saad.
2016
2019
- Profesor Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan telah dilantik sebagai Pengarah baharu mulai Mac 2019 bagi menggantikan Profesor Madya Dr. Nor’ashiqin Binti Mohd Idrus.
- Profesor Madya Dr. Arshardi Bin Abas telah dilantik sebagai Pengarah baharu mulai April bagi menggantikan Profesor Dr. Abdul Rahim Bin Hamdan sehingga kini
